Selamat Hari Lahir PAPA..!!
29hb Jun..!! Selamat Hari Lahir ke-52 ku ucapkan kepada Papa ku yang amat ku sayangi. Sempena hari lahirnya itu, aku sebenarnya nak masak kek tapi telur pulak xda.. Huhu.. Tapi semalam aku ada pergi teman dia pergi Kota Bharu untuk servis dia punya ISUZU DMAX tu.. Pastu beli tudung untuk adik aku kat Pasar Besar Siti Khadijah tu.. Then kami balik pulak ke Kuala Krai sebab Papa aku nak pergi Pejabat Tanah. Dia nak pergi bayar hasil tanah.. Huhu.. Masa tunggu dia bayar hasil tu, aku pergi gunting rambut aku sebab minggu depan aku dah nak balik uni.. Waaa.. My precious rambut.. Lama aku bela rambut tu.. ~~Sob.. Sob..
Bergumbira Bersama Teman-teman Lama
Malam 27hb aku ada pergi ke majlis makan malam di rumah kawan aku, Salwani.. Dia buat makan malam sempena apa pun aku x tau.. Aku pergi makan aje.. Haha.. Aku pergi dengan motorsikal dan dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya.. Lenjun aku.. Baju hujan pun x dapat selamatkan aku.. Dah la mata rabun, bawa motor malam² dengan hari hujan ni amat menderitakan diriku.. Singgah rumah kawan aku, Shahdan sebab dia nak pergi dengan aku.. Tapi nasib baik dia ada member semasa dia ting 6 dulu sanggup tumpangkan kereta dia.. Apa nama dia eh..?? Wan ke..?? Kalau x silap aku la.. Kalo x memang patah balik la aku.. Hohoho..
Malam tu memang seronok.. Dapat makan free.. Lagi² ada babi-cute BBQ.. Ada ayam, ikan, sotong.. Daging kambing pun ada.. ~~Naik lagi la darah aku.. Tapi paling seronok nya dapat jumpa member² sekolah.. Siapa yang datang eh..?? Faizeli, Ikhwan, Amri, Shahdan, Afnan, Eirah dan Farehah.. Kalo dah jumpa mula la bercerita sejarah zaman kanak² ribena dulu.. Bergumbira bersama teman-teman lama.. Dah tu lama giler x jumpa.. Masing² dah buat kerja masing².. Dulu aku ada entri pasal getting together-gether ngan member lama non-malay di KFC.. Sonok weh jumpa member² lama neh.. Wanie sampai nangis bila Farehah nak balik.. Aku nak nangis jugak la.. Huhuhu.. ~~larik.. Xda pulak orang perasan yang seluar dengan baju aku basah malam tu.. Hahaha..
~~ Aku ada termakan sotong yang x masak lagi.. Yucks..!! Next week aku akan update dari Kampus..!!










Recent Comments