Changeling

19Feb09

changeling_posterSudah beberapa kali aku mencuba untuk mendapatkan cerita Changeling ini daripada Incik BlueCrystalDude (BCD). Tapi sentiasa gagal dek kerana line internet kat USM yang sejak akhir² ini telah menjadi semakin parah dan kritikal.. Semalam pada waktu pagi tatkala tenet tgh sengal, aku berjaya mendownload citer Changeling ini daripada Incik BCD..!! Wuhuuu..!!

Lepas download je, pukul 2 pagi aku mula menonton citer ni.. Almaklumlah, hari Khamis kuliah kul 2, pepagi boleh membuta.. Wakakaka..

Citer ni mmg syok untuk di tonton.. Lagi² minah Angelina Jolie yang berbibir seksi itu membawa watak Christine Collins dengan baik sekali..  Changeling arahan Clint Eastwood  menceritakan kisah benar seorang ibu, Christine Collins yang kehilangan anaknya yang sangat dia sayangi. Dia telah meminta bantuan polis untuk mendapatkan kembnali anaknya yang hilang itu.. Pihak polis telah menjumpai seorag budak dan mendakwa budak itu adalah Walter Collins iaitu anak kepada Christine..

Tapi, naluri ibu mengatakan bahawa budak itu hanya menyamar sebagai Walter. Christine tetap menegaskan bahawa itu bukan anaknya dan dia cuba mencari anaknya yang masih lagi hilang..

Di sebabkan sikap pihak polis yang di katakan agak sengal pada ketika itu, Christine telah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapatkan kembali anaknya itu..

Untuk mengetahui kisah cerita ini, silalah tonton Changeling.. Mmg best..!! Layan.. Adunan music yang menepati plot cerita memberikan effect mendalam kepada cerita ini.. Hurmmm… Rating aku bagi 9/10..

~ Jika BCD ‘almost’ cry bila menonton cerita ini, aku pula merasakan mata aku basah dan berair…
~~ Tapi.. Geng tetap best kan… Wahahaha..!!


spam

Alahai incik spammer ini.. Nak promot blog sendirik pun boleh plak ngan cara cenggini.. Ade ke kata aku ‘stupid’..?? Siap kutuk2 blog ak lagi kan sebab nak promot blog sendiri.. Wakakaka..!! Kelakar seh.. Aku dengan tanpa segan dan silunya telah mendelete spam itu.. Dah tu.. namanya Spam.. wat pe nak simpan.. Wakaka..!!

Oh ya.. Sedang aku bloghopping tadi, singgah sebentar di Oh!Bulan dan di sana ada entry yang mengatakan bahawa Filem Geng: Pengembaraan Bermula tlh mengutip sebanyak 2 juta dalam masa 5 hari.. Pergh..!!! Mantap seh..

So.. Ape lagi.. Sape yg belum tgk tu, bawa² la diri tu pergi menonton citer ni.. X rugi nye.. Ahaks..


huhuTengah borak-borak ngan adik aku yang kebosanan kat rumah, tetibe je dia kuarkan satu citer menengai 4 ekor binatang yang sedang mengadakan konsert.. ok.. here the story goes..

Ada 4 ekor binatang telah membuat satu konsert.. 4 binatang itu adalah the cat, the dog, the frog and the pig..

the cat mendendang kan lagu “isabella”..

the dog menyanyikan lagu “sejati”..

the frog menyanyikan lagu “si jantung hati”..

tapi.. tatkala the pig medendangkan lagu, semua haiwan2 yang datang ke konsert tu telah memberi ‘booo’ kepadanya serta membaling2 kerusi ke arah the pig.. mereka semua marah…

kenapa..??

sebab the pig menyanyikan lagu bertajuk “kita serupa”…

Huahahahhaa..

~ perbualan kami adalah dalam bahasa kelantan..


100_1363

Setelah lama aku menolak permintaan ‘Si Dia’ ini untuk keluar bersama, akhirnya pada 12hb Februari 2009 aku telah bersetuju untuk keluar ngan ‘Si Dia’ buat kali keduanya.. Ahaa.. Kami telah pergi menonton wayang citer Geng:Pengembaraan Bermula dan citer Valkyrie..

gengOk.. Sampai je kat Gurney Plaza Penang , kami terus beli tiket Geng: Pengembaraan bermula. Citer tu dah start 10 minit. Tapi takpe.. Tak banyak sangat yang miss pun.. Citer Geng ni mmg best.. Aku rekemen sape yang minat upin dan ipin mesti pergi tgk citer ni.. Even ‘Si Dia’ yang pada mulanya kata x berapa nak tgk citer ni gelak sakan dalam panggung sebab tgk citer ni.. Pastu masa adegan lintah gergasi tu, ‘Si Dia’ ni bukan main lagi tutup muka sebab geli tgk lintah tu.. Apa maknanya..?? Haaa.. Maknanya filem ni mmg best.. Adegan aksi yang ada dalam citer ni mmg boleh tahan.. Banyak adegan2 lawak yang akan kekal dalam kepala macam upin ngan ipin cakak yang kak ros tu angsa besar, “”waaah.. Lari… angsa besar kejar..!!”.. dari 10 bintang aku kasik 9/10..!!

valkyrie-poster-cruiseOk.. Pas tgk citer Geng, kami g makan sat.. Makan kat mane eh..?? Nasi kandar Kapitan.. Pekena beriani.. Hahaha.. kol 12 g Gurney Plaza balik untuk tgk citer Valkyrie.. Pergh.. Citer pasal geng nak jatuhkan the Fuhrer, Adolft Hitler.. Sape jenis suka tgk aksi2 di rekomen jgn tgk citer ni sebab citer ni bosan dengan banyak cakap.. Tapi, jika anda fokus dan beri perhatian, anda akan faham jalan citer ni dengan jayanya.. Hahaha.. Bukan ape, secara jujurnya citer tu mmg agak bosan sebab banyak cakap.. Tak banyak aksi.. Bom sekali.. Cakap.. Cakap.. Cakap.. Cakap.. Cakap.. Bom sekali.. Cakap.. Cakap.. Cakap.. Cakap.. Tak ke bosan tu.. Dari 10 bintang, kasik 5/10 je kot.. hahahaa..!!

Ahaa.. Lepas je tgk citer Valkyrie.. Kami pergi tepi pantai belakang RnR Bukit Ajam.. Sebab ‘Si Dia’ kata pantai kat situ lawa.. Aku suh dia tunjukkan.. Boleh tahan OK pantai kat situ.. Aku xleh nak usha sangat pantai tu, sebab dah gelap.. Air laut pun tgh pasang.. Ade bebudak tgk camping kat sana.. Mancing kot..

Most of all.. Mlm tu mmg best la.. Ni kali kedua buat back-2-back tgk wayang gambar dalam satu hari.. Hehehe.. Lain kali kita kuar lagi eh.. Huahahahahaa..!!!

~ Siapa ‘Si Dia’ korang x perlu tahu.. Hehe..
~~ ‘Si Dia’ bukan awek aku eh.. Esh.. korang ni.. Memandai je.. 
~~~ Aku akan dapat respon tidak menyenangkan dari kawan2 aku.. Haish.. Kena carik alasan ni.. Huahahaha.!!! 


Dah lama tak bagi tips n trick kan.. Ok.. Trick kali ini aku dapat dari email yang dihantar oleh saudara koo kuan yong..!! Say what..??!! ex lab partnerku hantar email kat aku.. hahaha..!! Owh.. Ini bukan prank OK.. hehehe…

Do the following.. 

1. Go to Google/Yahoo
2. Click at Images
3. Search for “flowers” or other images that your life desire.. (haha).. But i suggest.. better u all search for flower..
4.  That the page will full with the images.. am i right..??
5. Then delete the URL from the address bar and paste the below script…

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3= 1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.images ; DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i<DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position=’absolute’; DIS.left=Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5; DIS.top=Math.cos (R*y1+i*y2+y3)*y4+y5}R++}setInterval(‘A()’,5); void(0)

 

6. See the magic..??? Hehehe…

Enjoy.!!

~ Kenapa lambat update..?? Busy la.. Huhuhuhuhu.. 

Updated

Disebabkan rami yang tak jadik buat menda alah ni.. aku akan post menda alah tu kat sini la..

Before pasting the code…

flower– ada keluar image kat image search tu kan –

After pasting the code

flower-after– then the flower pictures will jump up n down like the rollercoster..!!! weeee…. –