Tahukah Anda..??

08Oct08
  1. … bahawa dalam bola sepak, penjaga gol wajib berada di padang sepanjang masa suatu perlawanan berlangsung ?
  2. … bahawa cerita dongeng Si Tanggang dan Malin Kundang sebenarnya adalah cerita yang sama ?
  3. … bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia ?
  4. … bahawa mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen ?
  5. … bahawa petrol boleh “basi”, akibat mendakan gam dan varnis yang akan terbentuk dan menggumpal sekiranya tidak digunakan ?  
  6. … bahawa kereta Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer ?
  7. … bahawa di sesetengah tempat, dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon 
  8. … bahawa Nintendo Entertainment System merupakan konsol permainan video Nintendo paling laris sehingga kini?
  9. … bahawa rasa masam dalam makanan adalah disebabkan oleh asid asetik ?
  10. … bahawa Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia ?
  11. … bahawa cerita cinta klasik Laila dan Majnun adalah berdasarkan kisah benar ?
  12. … bahawa Kepten dalam Tentera Laut Diraja Malaysia lebih kanan dari Kapten Tentera Darat ?
  13. … bahawa adalah sukar bagi pemandu untuk mematuhi had laju berikutan ralat pada meter laju ?
  14. … bahawa keyboard QWERTY mendapat namanya daripada enam huruf yang pertama dalam baris huruf yang teratas dalam papan kekunci?
  15. … bahawa hamburger berasal dari makanan tradisional penduduk HamburgJerman ?
  16. … bahawa beg udara mengembung keluar lebih pantas berbanding kelipan mata ?
Nak lagi..??? Baca kat sini..
Advertisements


33 Responses to “Tahukah Anda..??”

  1. oohh.. baru saya tahu… hahaha

  2. 2 Arm

    omg… baru aku perasan qwerty tu depan mata jer…

  3. … bahawa di sesetengah tempat, dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon ?
    AHAHAHAAHAHAH siyes aku nak dorayaki psl doraemon promot cam nak rak je

    …tahukah anda sesetengah org msia yg around my zaman (ur zaman jugak hoho) men basketball psl terpengaruh ngan anime slam dunk? :P

  4. ahakz…tq 4 da entri…baru laa ak taw..muahaha

  5. ooo bru aku taw..

    info lagik? pasal aku ke..kehk3

  6. err…haluu..sy 100thn..n sy mau dwet raye…xkira okeh…nak jugok!err…sy lah laila itu…ngaa~~~ ;P

  7. ada sebahagian aku tahu & sebahagian lagi aku tatau… thanks kerana mebnambah ilmu aku

    ps: tahukah anada, purata lelaki berfikir tentang seks 25 kali sehari berbanding wanita, 1 kali sehari
    pss: tahukah anda bilakah tarikh Nabi Muhammad dilahirkan (dalam kalendar masehi)?
    psss: tahukah anda bahawa mati itu pasti & ketibaan ajal & maut tidak dapat dipastikan?

  8. oooo baru pakcik tahu…hehehehehhehe…

  9. aku rase semua tu aku pernah dgr. Cume Laila dan majnun je aku tak pernah dgr. ape tu?

  10. ya2…ralat pada meter laju moto aku tuh..140 tp tetap slow mcm siput.. :p

  11. aaaaa…daripada bebanyak tuh…aku rasa aku tahu 5 jer kot…hehe

  12. ahaks~ kekadang tau… kekadang terlupe.
    thanks sebab tolong ingatkan balik.
    Maklumlaa… semenjak jadi blogger ni, banyak sangat makan semut.

    KReuger®

  13. smaelz : Laju seh ko mengomen.. Hahaha..

    Arm : QWERTY tu dulu pun masa aku baru tahu member² gelak kat aku sambil berkata.. Heeh..??!! Ko baru tahu ke..??!!

    Adila : DORAEMON mmg sinonim dengan dorayaki.. Tgk dorayaki terus ingat DORAEMON.. Eh.. Tahukan anda kebanyakan rakyat Malaysia menyebut DORAEMON dengan Do-Rei-Mon bukan Do-Ra-E-Mon..?? Slam Dunk..??!! Me x minat.. Hahaha.. Suka Flashman.. Maskman.. dan seangkatan dengannya…

    aimZz : Aku pun tetibe je mengoogle menda alah ini.. pastu jumpe.. share aje~~~

    anysz : Tahukah anda bahawasanya anysz adalah seorang lelaki..??

  14. CIk Gayah : Haaa.. Ko dah dapat +-RM600 duit raye.. Ade hati nak mintak ngan aku lagik ye.. Esh3..

    Aeropama : Heehehe.. Wah.. Siap tambah info.. Eh.. Dalam Kalendar Masehi..??!! 20 April Tahun Gajah..??!! Hoh.. Salah ke..??

    chuckiesd : eh.. org baru.. hehehe.. selamat datang…

    Noktah Hitam : Laila dan Majnun adalah kisah klasik melayu mengenai cinta antara 2 insan yang terhalang.. Cerita ni pernah je dilakonkan balik oleh Seniwati Latifah Omar dan Seniman Nordin Ahmad.. Ending dia kalau x silap aku.. Dua² mati.. Kalau Shakespeare ngan Romeo dan Juliet.. Melayu kita ngan Laila dan Majnun la kirenye…

    d2z : Aku bawa motor dengan penuh bersopan santun.. Hahaha… :p

  15. Life4Hire : Haaa.. Belum ko masuk site dia lagi.. Lagi banyak.. Wikipedia Melayu..

    Kreuger : Adohai bro.. Pi makan semut wat pe..?? Tsk3.. Banyak lagi makanan lain.. Makan semut plak.. Huhuhuhu.. Makan kueh sarang semut ok la jugak.. Kui3..

  16. aku taw smua kecuali yang last tuh. muahahaha.. berlagak glers..hehe.. bagus2.. info yang menarik~

  17. muahahahaa…. sallikin.. logo dah siap.
    kalau suke.. bleh la ambik kat blog hang. worait..
    kalau tak suke atau perlu di adjust… bg tau la.. ade mase aku repair lain

    Kreuger®

  18. … best… best… aku suka tahu benda yg aku lom tahu

  19. ada yg tahu ada yg tak tahu ……..

  20. bluecrystaldude : wahaha.. berlagak seh.. :P .. Tahukan anda bahawa jika anda meletakkan jari anda di ruang beg udara terbuka semasa beg udara mengembung keluar dapat menyebabkan jari anda patah..??

    kreuger : Wah.. Dah siap eh.. nanti aku letak kat sini.. Wiwit².. Terima kasih.. Rajin seh…

    samdaddycool : aku pun.. mengetahui apa yang kita tidak tahu adalah perkara yang menyeronokkan..!!

    YAN^S : BTW.. ko tahu x citer pasal Laila Majnun..?? Ahaks..

  21. Wahhh.. banyak yang aku tak tahu dari yang tahu… wahahha :)

  22. Rohaizad : Ha’a.. Pengetahuan yang baru.. Sungguh seronok membaca sumthing yang biasa kita lihat tapi sebenarnye kita kurang arif mengenainya.. XD

  23. hohoh aku tau 6/16.. pencapaian yg bagus ni.. hohooh

  24. yang no #3 tu….

    bahawa sesiapa sahaja yang belum berkahwin layak menerima angpau tanpa mengira usia
    kena tukar..YANG BELUM BEKERJA.

    EHHH…ko student kan..
    silap2….mana pemadam…padam blk ayat kak jie..hehehe

  25. ada yang dah tau dan ada yang x pernah tau lagi..
    bagus2..suke2..

  26. topotato : Wah.. mantap².. Pencapaian yg bagus.. Tepuk²…

    Kujie : Haaaa.. Pe lagi kak.. Bak duit raye.. Ngehehehe…

    ezo : Ko suke aku pun suke.. :D

  27. separuh aku pernah dengar…hehe

  28. Oh! patotla saya dapat duit raya itu ari. Cis! Pasal mi segera tu baru saya tahu!

  29. KNizam : 1/2 X 16 = 8.. Ahahahah.. hanya lapan fakta sahaja.. Hahaha..

    Fishball : Hehehe.. Umuq brape dah ye..?? Kui3.. Mee Ramen.. Terasa nak makan megi la plak.. Huhuhu..

  30. Umoq? sensitip betol kalau tanya umoq ni. Haha

  31. Fishball : Tuekah kamu..??!! Hahaha..

  32. Agak ah. Boleh digelar andartu. XD

  33. 33 kuropii

    mostly aq tau…ade 2-3 je aq tatau…hahahaahaahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: