ORKEET 08..

29Jul08


Keadaan internet kat kampus ni dah menjadi² dah.. Dah 3 hari aku x dapat nak onlinekan diri ni.. Sengal punya tenet.. So, sekarang nak meng-update-kan blog la bila dah ada kesempatan ni.. Mana tau kot² sok plak xda tenet.. Bersawang pulak blog aku ni.. Hehehehe…

Mesti korang tertanya-tanya apakebenda la ORKEET kat title entry ni.. Haha.. ORKEET tu sebenarnya ringkasan kepada Minggu Aluan Siswa Pelajar² Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Tahun Satu.. Pendek kata tu ORKEET tu adalah orentasi bagi pelajar² dak kejuruteraan elektrik & elektronik kat USM Nibong Tebal ni..

Alkisahnya program ni sebenarya nak dijalankan pada 12-13 Julai haritu.. Disebabkan oleh ada masalah² yang timbul, program ni terpaksa di tunda ke 19-20 Julai.. Tapi tetap gak ada masalah berkenaan tarikh.. So, program tu pun dijalankan pada 25, 26 & 27 Julai lepas.. Alhamdulillah.. Semua berjalan lancar.. Klik untuk baca the rest of the program..

25hb JULAI 2008 – DAY 1

LDK 1 - ICE BREAKING

LDK 1 - ICE BREAKING

Program bermula dengan LDK 1 pada pukul 5.00 ptg.. Ice breaking ni nak bagi bebudak ni kenal sama sendiri.. Depa semua dibahagi kepada 14 kumpulan.. Setiap kumpulan ada 2 org fasilitator.. Setiap kumpulan kena buat cheer bagi kumpulan diorang.. Masing² perah otak nak buat cheer.. Macam² cheer yang keluar.. Cali la.. Xtive 10 la.. Coca-cola la.. Nguahahaha.. Tepat jam 7.00 ptg.. LDK 1 tamat..

LDK 2 - MUHASABAH DIRI

LDK 2 - MUHASABAH DIRI

Pada malamnya pulak program diteruskan dengan LDK kedua.. Muhasabah diri.. LDK ni nak suruh fasi² diorang ni kongsi² pengalaman dengan diorang yang baru masuk ke alam uni ni.. Ape yang mereka perlu tahu.. Perlu take alert.. Camne nak dapatkan nota.. Cara² nak takel awek lecturer.. Lepas je diorang bermuhasabah.. Mereka di beri peluang untuk membincangkan persembahan yang akan diorang buat time malam dinner nanti.. Yezzzaaaaa… Ada majlis makan².. Nanti aku citer.. Ngehehe..

26hb JULAI 2008 – DAY 2

PERASMIAN ORKEET 08

PERASMIAN ORKEET 08

Pagi sabtu yang hening adalah pagi penting bagi ORKEET ni kerana pada pagi tu majlis perasmian akan dilaksanakan oleh Timbalan Dekan Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Bin Arshad.. Beliau ada menyentuh mengenai OBE dan teknik² belajar di uni.. Peluang untuk berjaya jika belajar di USM.. Selepas majlis perasmian, majlis diteruskan lagi dengan Slot Bersama SEE.. Apekebenda SEE tu..?? SEE tu Student Society of Electric & Electronic Engineering.. Ringkasnye SEE la.. senang sket.. YDP SEE, saudara Ariff Redza ada terang serba sedikit mengenai SEE kat bebudak first year..

LDK 3 - DISCOVERY

LDK 3 - DISCOVERY

Program diteruskan dengan LDK 3 yang dikenali sebagai Discovery.. Objektifnya..?? Nak bagi bebudak ni kenal Pusat Pengajian diorang ni dan bagi diorang first experience cara² nak pasang litar di guide kan oleh fasi² diorang.. Diorang akan mencari komponen² litar kat checkpoint² yang ada kat school.. Ada 7 Checkpoint.. Bila dah dapat komponen tu, diorang kena pasang litar.. Sape cepat pasang dan litarnya berfungsi dapat hadiah..!!

LDK 4 - RECOMBINATION

LDK 4 - RECOMBINATION

Pukul 2.00 petang, semua berkumpul di dewan untuk teruskan dengan LDK keempat.. RECOMBINATION.. Bebudak first year ni kena susun gambar² staff akademik biar.. Diorang diberi gambar dan di beri susunan contoh carta staff akademik.. Sape siap dahulu kena buat cheer.. Haha.. Cheer lagi.. Oh ya.. Objektifnya nak bagi diorang kenal ngan staff² akademik kat school EE.. Nanti kang tertuka plak.. X pepasal Doktor di panggilnya pak cik atau abang.. huhuhu…

RIADAH - SUKANEKA

RIADAH - SUKANEKA

Bila dah petang, di teruskan ORKEET dengan  acara riadah petang.. Main sukaneka.. Seronok petang² dapat main.. Haha.. Basah diorang kena air belon.. Acara ini diconduct oleh incik Hilmi selaku ketua biro sukan.. Nguahaha.. Seb baik ko x basah dek simbah air incik hilmi oi..

LDK 5 - INTERAKSI SENIOR JUNIOR

LDK 5 - INTERAKSI SENIOR JUNIOR

Malamnya pulak program LDK 5 – Interaksi Senior Junior.. Sekarang masa untuk bebudak 1st yeat ni nak kenal ngan senior² diorang.. Minta tips belajar dari diorang.. Mintak nota ke.. Mintak no phone ke.. YM ID ke.. Sekarang ni jugak masa dak² senior nak ngushar² dak² junior.. Gatai la tu.. Program tamat kol 11.00 malam..

27hb JULAI 2008 – LAST DAY

Last day adalah Dinner Time..!! Makan malam ni sempena nak menghargai semua yang telah menjayakan program ORKEET 08 ni.. Makan malam ni diserikan dengan kehadiran Penasihat SEE Dr. Widad.. Beliau telah merasmikan penutupan ORKEET 08  ni.. Semua hadirin pada malam tu dihiburkan lagi dengan persembahan oleh bebudak first year.. Wah.. Semua kumpulan memang mantap..!!! Tepuk²..!!! 

Saya selaku Timbalan Pengarah 1 bagi ORKEET 08 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan ORKEET kali ini.. Walaupun banyak masalah dan halangan yang menimpa, anggap itu sebagai cabaran dan jadikan sebagai panduan untuk meperbaiki ORKEET pada masa akan datang.. Tanpa kerjasama dari korang semua, program ni x akan berjalan dengan smooth n silky.. Cayalah..!!!

~~Semua gambar adalah ihsan daripada biro teknikal diketuai oleh saudara Rafiq..



24 Responses to “ORKEET 08..”

  1. wah!!!!!!!!! kelihatan tuan pres begitu sihat badannye..

    pasti kerana bekalan sirap durian aku..

    wakakakkaaka!!!

  2. 2 kuropii

    hahahaha
    ade ke gambar sally???
    aq x nmpk pon…
    adekah sally dh mengecik????
    ;p
    *larikkkkk*

  3. 3 d2z

    Pendek kata tu ORKEET tu adalah orentasi bagi pelajar² dak kejuruteraan “ELEKTRIN” & elektronik kat USM Nibong Tebal ni..

    ada kos elektrin ek kat sini? hehe..tenet slow..sedih gila..nk upload pic pon susah..

  4. ecah : wahahaha.. bahagianya aku.. keh3…

    kuropii : mengecik la sangat.. jaga ko.. akan ku kejor..

    dzz : alaaaaaaa.. typo je tu.. x sempat nak baiki lagi.. huhuhu.. btw.. mekaseh..

  5. Main la sementara bole.. dah keje xle main2 dah.. wowowowowo

  6. 6 kuropii

    huahuahuahuahuahua
    *glak keji sambil nyorok dr sally*
    hikmat halimunan!!!

  7. smaelz83 : haha.. hidup mesti happy.. walaupun dah kerja.. kena main gak.. siapa kata xleh main.. tapi kena pandai time management la.. huhuhu

    kuropii : nyorok la.. USM ni bukan kecik pun.. nguahahahaha.. akan ku carik sampai ke lubang cacing…

  8. 8 kuropii

    hahahaha
    mmg la ko bleh cr lam lubang cacing…
    tp ko xleh masuk bilik aq
    muahahahahahahha~
    ;p

  9. Ohh ni yg u cm busy2 je dulu psal jd timbalan pengarah tuu..
    Hahahh ORKEET ehh..nampak best, lbh kurg cm my Introduction week utk PKUM..Whoaa baguss arr you..Good job! ;D

    Ecah pon involved ke?? Rindu plak ngan see Ecah ni, hahaa (pd hal, kt sini je tmpat kite jmpe enn)..

  10. Oh dah belajar semula…rajin bebudak sekarang nih sambil belajor sambil memblog… kita ni pun susah bonar nak ncarik masanya… tapi takpe asal sanggup apa salahnya

  11. feewwiitt abg dagu guwe dh berjaye kaedahnye*larikk

  12. kuropii : nguahaha.. blok 1 dah laki boleh masuk r.. hahaha… jgn risau.. akan aku cari ko nanti…

    AQillz : ha’a.. pasal ni la yang me ada citer kat u dulu.. skarang dah habes da.. pening kepala dah ilang.. uih… rindu cik ecah la pulak.. cik ecah demam.. byk sangat minum sirat durian..

    beruang madu : alaa.. abang bear lain laa.. siap g melancong ke indon lagi.. jeles gue.. huhuhu…

    adik kiki lala ku : apekah..??? abang dagu ko panggil aku.. jangkitan dari cik ecah la ni.. esh3..

  13. 13 kuropii

    dagu sally mahal tuhhhhh
    wahahahahahaha!!!~
    ko leh masuk blah laki je~
    wing pompuan ko leh masukkkkk
    nk kene terajang masuk la~~
    floor bwh tu sume palap yg gagah2
    muahahahahahaha~

  14. 14 kuropii

    wing pompuan ko leh masukkkkk
    pembetulan
    wing pompuan ko x leh masukkkkk
    kesilapan menaipppppp
    hahahahahaha~

  15. kuropii : muahahaha… xpe².. xkesah.. pesal pe semua org tertarik ngan dagu aku neh… esh3.. :P

  16. byknya aktiviti..

  17. mne gambo ko bang? Yang pakai tudung tu ke? Aku nampak mcm de name Sally kat situ*larikkk

  18. mohd hafifi : banyak kan aktiviti.. fenat²….

    adik kiki lala ku : ces.. ade ke kate aku yang pakai tudung.. hampesh nye adik..

  19. ramainyer kat sini. hehe :)

  20. KNizam : ramai ke..?? biasa je.. huhuhuhu…

  21. HOhoho….lama sudah ku tdak mrasai situasi begini…yelaa dh hbs blajar…Ko ambek lektrik ekk..??huhu…USM ker??

    Owhh,lupa plak nk intro2…I’m alexi…feel free to visit my blog yurpp…

  22. alexi : oooo.. dah abes blaja eh.. ha’a kat USM.. Elektronik Engineering.. Zaaaasss.. sekarang jugak aku pergi blog ko.. hohohoho..

  23. Trima kacih laa krana melawat blog kawe…hehehe..yup ambo electronic engin jugok mulo…kat UItm..ehehhehehe

  24. alexi : same².. kita sama² kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi..


Leave a reply to nikillas Cancel reply